Kongres kedua Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu

Kongres kedua KBPM berlangsung pada 1-2 Januari 1954 di Sekolah King George V, Seremban dan dihadiri oleh 24 perwakilan dari pelbagai badan bahasa dan persuratan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Antara keputusan yang berkaitan dari pelbagai bidang yang dipersetujui adalah:

  • Menganjurkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat; menganjurkan hadiah bagi karangan-karangan dan penulisan bahasa Melayu yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya setiap tahun, menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu; dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatan Kuasa Penapis Filem.
  • Dua keputusan penting telah dicapai dalam kongres KBPM kedua, iaitu setelah mengkaji penyata tulisan Jawi-Rumi yang dibentangkan oleh Jawatan Kuasa Penyiar Tulisan Jawi-Rumi, kongres telah mengambil keputusan bahawa telah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya; dan menutur Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu supaya membesarkan lagi Jabatan Penterjemahan menjadi sebuah Balai Bahasa yang lengkap.

Rujukan

WikiPedia: Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu http://arkibattakiri.blogspot.com/2009/02/kesan-sa... http://kembarabahasa.blogspot.com/2011_10_01_archi... http://wwwdakabeblogpotcom.blogspot.com/2011/06/ko... http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1817/kongg... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kongres... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://klikweb.dbp.my/?p=1416 http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1nov6.pdf http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=197 http://pdffinder.net/Kongres-Bahasa-dan-Persuratan...